Thursday, December 20, 2012

Bencana Besar 2012

Betul ke ade bencana besar pada 21122012? Kalaulah ianya benar terjadi? ape yang perlu saya lakukan?

itulah soalan cepuk emas yang aku tanya pada kawan aku ari ni. Senang je jawapan kawan aku tu. Kita redha, memang tak boleh buat apa-apa. Mengucap je la sambil senyum. Best betulla jawapan dia. Tapi yang pastinya akan ada bencana besar dan bukan pada 21122012. Sebab aku tak caya pada kalendar Mayan yang entah teori mana diikutinya itu. Ini semua propaganda zionis laknat... huh...


Muzik dan Kenangan

Dulu begitu susah nak cari studio jamming. Sampai Kampung Pandan baru la jumpa studio yang best. Sekarang dah bersepah studio di Kajang dan Bangi. Nak jadikan cerita, aku dulu memang tak minat muzik keras. Sampai pernah menganggap muzik tersebut sebagai muzik yang tak bermoral.

Contoh Kumpulan Muzik

Abang aku memang suka lagu-lagu macam ni. Setiap pagi dia pasang sebelum pergi sekolah sampailah dia dah bekerja.

HARI-HARI DIA PASANG ARRGGHHH.....

Aku tak paham ape yang dia suke sangat dengan lagu macam tu. Selalunya, orang yang bangun pagi-pagi akan membaca dan mendengar bahan-bahan yang boleh mendatangkan ilmiah. tetapi aku pagi-pagi dengar lagu yang vokalnya mendengus, satu haram pun aku tak paham. Sampai satu hari aku dah hafal susunan muzik lagu thrash tersebut. Nada dan tempo berlegar-legar di kepala aku dan anda bayangkan ketika itu aku boleh head banging sambil berjalan kaki ke sekolah rendah. Nasib baik aku tak head banging semasa berada di dalam kelas, kalau tak mesti aku dipindahkan ke kelas pelajar-pelajar khas (pelajar kelainan upaya)

Dan..... suatu pagi..

Satu bunyi gitar mengalunkan muzik keras yang biasa aku dengar. Waktu ketika itu adalah pada pukul 3 pagi di hadapan rumah aku. Memang aku hafal bunyi lagu tersebut tapi aku tak ingat tajuk lagu tu apa. Bila aku tinjau ke luar tingkap rumah, nampaklah kelibat sang pemain gitar misteri berada di atas kerusi bersebelahan taman permainan di kawasan rumah aku dan suasana di sana amat suram serta di selubungi samar kegelapan malam peh... Dia bermain dalam keadaan menunduk menyebabkan mukanya ditutupi dengan rambutnya yang panjang. Fuhhh...


 Sekadar Gambar Hiasan

Petikan scrumming guitar yang amat keras bunyinya. Semangat ingin tahu memuncak dan aku tekad hendak tahu siapa dia sebenarnya.

To Be Continued… (Next Episode – Sifu from Dark Side)

Wednesday, December 9, 2009

Radiatorku Parah...

Pendarahan yang tak dapat dihentikan

6/11/2009 Ahad, Malam tersebut aku mendapat info dari wife aku bahawa flight bapanya yang baru sahaja menunaikan haji akan sampai di KLIA pada pkul 11.00 malam, seperti biasa hari tu aku konfiden sebab semua aku dah check termasuk alignment semua dah buat untuk kereta aku. So dengan konfiden yang tinggi aku letakkan harapan pada bahu kereta aku yang aku tak tau mana satu bahu dia agar dapat bergerak lancar seperti mane2 tempat yang aku pergi sebelum ini. Kami berdua sekeluarga bergerak seiring dengan 2 buah kereta birasku yang lain pada pukul 1030 malam dan sampai di KLIA pada pukul 11.10 mlm. Seperti biasa kereta ku bergerak laju seperti Marshall excort konvoi dalam perjalanan ke KLIA. Aku mengejar dan mencucuk angin Caldina birasku dengan bangganya kenkadang aku melambai birasku disebelah dengan muka yang penuh menunjuk2 ke atas kemampuan keretaku itu.

Sentiasa bergaya walau di depan rumah

Setelah berpeluk cium, bersalam-salaman dengan ayah mertuaku, kami pun bergegas untuk pulang dari KLIA dan singgah ke masjid yang berdekatan atas permintaan ayahanda untuk menunaikan solat sunat. Seperti biasa Ayahanda dan bondaku menaiki Caldina birasku yang lebih selesa dan luas. Ketika aku menghidupkan enjin, asap2 putih sepoi2 bahasa keluar berkepol2 dari ekzos keretaku.. Bisik hatiku "mati aku kene top oberhaul la lepas ni" . Selepas keluar ke jalan utama meter temperature naik mendadak menghampiri "HIGH TEMPERATURE". Aku agak panik juga, tetapi oleh kerana tidak mahu wife and adik ipar aku bimbang aku control lah hensem dan dalam hati tertanya2 apakah punca meter temp aku naik... Mujur aku hanya ada 1km lagi dalam perjalanan untuk sampai ke petronas dan berhenti untuk sejukkan enjin. Hati ku berkata lagi " nasib baik ada petronas, depan lagi dah jalan sunyi yang panjang, kalo rosak adeke org nak tolong? Takut.....".

Adik ipar aku telah merembat bekas siram bunga di petronas tersebut dengan muka yang tak bersalah. Aku tengok air dah mencurah2 keluar di sisi belah kiri radiator aku, ternyata lepas ni poket aku pun akan mencurah2 mengeluarkan wang. Lepas aku mengisi air di radiator aku dan start enjin, kami (termasuk bekas siram bunga) pon bergerak perlahan2 sampai ke rumah. Mujur tiada siapa yang tertinggal, masalah tu... "Biras2 aku mesti dah jauh, takpe biar lambat asalkan selamat" detik hatiku yang penuh penyesalan. Akhirnya kami selamat sampai pada pukul 1.30 pagi.

Radiator aku yang cedera itu

Pagi tersebut aku menghantar kereta aku yang sedang parah tu (tapi poket aku lagi parah) ke bengkel member aku, member aku bukakla radiator tu, ternyata condenser lah punca kebocoran pada radiator. Condenser terletak dihadapan radiator aku dan mempunyai tapak yang tajam menyebabkan kerosakan pada radiator. Member aku rekemen Radiator alloy dan dia akan hilangkan tapak condenser yang tajam tu. Aku pon setuju dan aku terkenangkan duit aku yang bakal akan habis sebab ini adalah kali kedua aku membeli radiator. Petang tersebut member aku pasang dan aku pun membawanya pulang dengan perasaan yang hiba..(duit terbang beb)

Cuba melihat celahan itu dari mana puncanya tetapi gagal

Air Semakin galak keluar

Radiator berjaya di keluarkan

Habis sudah air..

keadaan enjin tanpa radiator

Radiator Kucedera parah dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kopak radiator Kopak Duit

inilah puncanya dari condenser wat radiator aku bocor

Suasana bertukar suram (duit habis hahahaha)

Radiator alloy

Hensem tak?

Bersama kenkawan yang sakit.

Tuesday, December 8, 2009

Alignment My Ride

My Ride is My Style (Poyo)

Sebelum ni, susah untuk dapat tuning alignment yang ok untuk kereta aku, dah tukar lower arm depan pun x dapat lagi alignment yang sedap, ada yang cakap suruh tukar mounting engine, ada yang cakap suruh buat manual alignment. Bile dah buat stereng pun still senget lagi, tensen juga aku... Nasib baik dia tak bukak stereng then pasang balik bagi straight. Memang aku seligi je (tetibe emo).

Alat untuk alignment di pasang pada rim ku.

6/11/09 hari ahad hari tu, aku hantar alignment kete aku kat Seksyen 8, Bdr Baru Bangi. Sampai2 je "Taiko... Alignment depan berape hengget?". Tokey tu berkata "Saya talak wat alignment depan, saya wat depan blekang saja. RM30 saja kawan.. tapi saya tak jamin boleh straight ha... lu pakai enjin telubo, cepat lari alignment". Nasib baik aku buat alignment hari tu, Skru absorber depan aku belah kanan dah loose, nasib baik tokey tu ada skru second, heheheh.

Keretaku diawangan...

Body bawah yang kemik2 akibat salah jack.

Jack hidraulick (mcm salah eja je)

Sempat juga tengok spring yang baru pasang gitu

Aiya kawan.. Lu punya chamber sudah lari...

Setting chamber

Leh nengok bawah hehe

Kalau ada modal nat wat piping 3"

Set alignment belakang

Skru absorber yang dah loose

View dari belakang

Kehenseman terserlah

Bila da siap ok laaa, baru best bawak... stereng pon straight, aligntment akupun balance.. bestnye hehehehehe.

Color ape ek???

Color Advan Rally

Bumbung mula merekah, hoot dah mula tumbuh karat seperti cendawan, aku keliru dalam membuat keputusan color apekah yang perlu ditempekkan pada kereta aku. Dari cadangan abg aku suruh color Advan Rally, reason dia jarang orang wat color ni. bagi aku color dia terlalu garang, tak sesuai untuk aku. aku nak buat family car je... Karang ape plak kate pak mentua aku. Pastu cadangan dia lagi color clear silver, reason bila kotor tak perasan sangat sebab color silver. Color silver tak menonjol la pulak. macam kereta biasa je. Tapi aku pernah jumpa kereta lawa color clear silver, sport rim dia mesti dark grey untuk match dengan color body. Hurm.. aku terdetik juga nak warna orange metallic color dark2 sket. Mesti ranggi cewah...

Orange Evo3

Minggu lepas aku pergi Alamanda dengan wife aku nak tengok cerita 2012. Aku sampai alamanda pkul 5, crite start pkul 6.30 lambat laie... aku pon jenjalan and singgah sesaje satu kedai toys tu, aku terperasanla ada jual kereta remote control drift spec, color dia memberi idea baru pulak kat aku.

Kereta remote di alamanda

Lawa beb sejuk mata memandang

Tak sama mcm merah teksi ye..

Nampak garang lagi perkosa

Tapi color tersebut masih dalam pertimbangan. Lawa juga bila aku imagine kereta aku color biru cair mcm ni atau maroon ape ntah kat gambar ni. Mungkin akan tiba lagi color2 yang menarik sebelum kereta aku siap sepenuhnya. to be continued...

Monday, December 7, 2009

Monroe Suspension Project

Pagi yang sepi

Pagi Sabtu 5/11/09 seperti biasala aku bangun pagi tak gosok gigi pergi sekolah benci cikgu balik rumah bunuh peri. Eh, Ape aku ngarut ni!!! Pagi lagi aku dah gi bengkel servis kete, nasib baik aku set appoinment awal hari jumaat hari tu dengan pomen, aku dah beli minyak itam, oil filter dan main purpose ialah spring EVO depan. Sebelum ni pomen bengkel dah pasang front spring Honda SM4 pada absorber belakang. dia kata dia pernah pakai spring tu kat wira dia sebelum ni. Ok dan comfort on the road. tapi aku bawa buai sebab spring depan pun masih guna sprng 1.6. Lembut sangat springnye. pada mulanya nak servis balik gaps adjustable hi low aku tu, tp absorber tu keras mcm kayu da...

Spring Evo dah potong

Selepas servis tukar minyak itam and oil filter, aku tanya kat pomen aku pasai CHECK ENGINE yang selalu menyala. Sebelum ni aku pernah alami perkara sama, aku rasa radiator aku bocor dan air radiator kereta aku seminggu je dah kering. Tapi aku check xde leaking hape pong. Last2 terus pasang spring depan Evo3 second. Sekarang jarak fender dengan tayar belakang 4 jari, tayar depan 3 jari..
Proses Penapaian
Check Radiator
Tukar Spring

Member aku ckp kalo nak best lagi buat alignment balik, set balik chamber kasi stereng sraight balik. Peh puas hati aku... sekarang tak pening pikir nak bawak ramai org... kalo lima org badan besar2 duduk still steady, paling kuat pun turun satu jari.

Wednesday, December 2, 2009

Aku Terpaku...

Ini adalah kisah benar dalam hidup aku. Pagi dalam perjalanan nak ke ofis pada hari khamis sebelum menjelangnya Aidil Adha, aku dengan konfidennya mengikut lorong motor yang sedia ada... seperti biasa dengan perasaan aku yang sentiasa gembira bersama motor tersayang melalui jalan tersebut tanpa sebarang prasangka. Tiba-tiba... Push.... dup.. dup.. didapati tayar aku kempis, aku hampir membuat drifting yang boleh menyebabkan aku jatuh tersembam. tetapi oleh kerana skill kemahiran menunggang aku yang tinggi (Lesen B2) aku mampu mengendalikan motorsikal dengan penuh bergaya... Mujur aku ada 2 tiub spare bisik hatiku sambil tersenyum... selepas berhenti di tepi jalan, aku pon check sebab musabab napa tayar aku pancit. Rupa rupanya ada paku halus yang baru menembusi celahan tayar aku. "alah... standard la kene paku sesat kat jalan raya ni" kata hatiku lagi. Aku pun mengeluarkan tools aku untuk kerja2 penukaran tiub. Minyak pelincir untuk aku tukar tayar dah pun habis. Hatiku berkata lagi "lepas ni dah takde bocor lagi kot, kalau bocor pun mgkin makan masa yang lama". Setelah selesai aku pun pergi ofis seperti biasa.

Bila tiba lunch hour, aku teringat bahawa roadtax kete aku mati esok and esok ialah raya haji..(Raya haji nak pakai kete beb) aku pun minta excuse dari bos aku untuk keluar dan bergegas ke JPJ untuk renew roadtax aku yang nak mati tuh. Setelah selesai menghidupkan roadtax aku, aku pun pulang melalui lorong yang sama seperti waktu aku pergi keje pagi tadi.. seperti biasa bunyi Push.... dup.. dup.. Pancit lagik!!! Warghh!!! Kali ni tiga paku!!! Paku baru pulak tu!!! aku pun mula menyumpah seranah sape punye keje campak paku tepi jalan ni. Aku call officemate aku (Ajis) untuk bawa minyak pelincir. Nasib baik dah dekat ngan ofis. Seperti biasa aku pun mengeluarkan tools aku untuk kerja2 penukaran tiub dalam keadaan mulut terkumat kamit (menyumpah) dan balik ke ofis segera2. Yang peliknye tu, masa aku tengah tunggu Ajis sampai, takde pun mamat runner tube lalu nak cari makan.


Hari Isnin, selepas cuti raya haji ketika perjalanan pulang dari ofis seperti biasa Push.... dup.. dup... Aduh pancit lagi.. Dengan muka yang selamba aku bawa jugak, dalam hati, rasa nak bertukar jadi warna hijo... Nak je aku angkat motor tu sambil berlari sampai rumah. Orang yang memotong aku ada juga yang menjeling melihat aku seperti seakan-akan menunggang kude YEEEHAA!!!


Sampai je dekat workshop aku terus tukar tayar,(beli tayar baru) tubeless Duro wuahaha habih RM80 hengget aku. Pomen tu cakap hari ini ramai orang hantar tukar tube dan tukar tayar pasai terkena paku. Ada 8 biji motor semua kes yang sama kene paku baru. Hatiku tertanya "Adakah ini adalah angkara pomen itu ataupun ada org mencemburui atau jeles aku dan motor kesayangan aku lalu mencampakkan paku baru di jalan yang aku lalui" gurau jerk heheheh..