Thursday, December 20, 2012

Muzik dan Kenangan

Dulu begitu susah nak cari studio jamming. Sampai Kampung Pandan baru la jumpa studio yang best. Sekarang dah bersepah studio di Kajang dan Bangi. Nak jadikan cerita, aku dulu memang tak minat muzik keras. Sampai pernah menganggap muzik tersebut sebagai muzik yang tak bermoral.

Contoh Kumpulan Muzik

Abang aku memang suka lagu-lagu macam ni. Setiap pagi dia pasang sebelum pergi sekolah sampailah dia dah bekerja.

HARI-HARI DIA PASANG ARRGGHHH.....

Aku tak paham ape yang dia suke sangat dengan lagu macam tu. Selalunya, orang yang bangun pagi-pagi akan membaca dan mendengar bahan-bahan yang boleh mendatangkan ilmiah. tetapi aku pagi-pagi dengar lagu yang vokalnya mendengus, satu haram pun aku tak paham. Sampai satu hari aku dah hafal susunan muzik lagu thrash tersebut. Nada dan tempo berlegar-legar di kepala aku dan anda bayangkan ketika itu aku boleh head banging sambil berjalan kaki ke sekolah rendah. Nasib baik aku tak head banging semasa berada di dalam kelas, kalau tak mesti aku dipindahkan ke kelas pelajar-pelajar khas (pelajar kelainan upaya)

Dan..... suatu pagi..

Satu bunyi gitar mengalunkan muzik keras yang biasa aku dengar. Waktu ketika itu adalah pada pukul 3 pagi di hadapan rumah aku. Memang aku hafal bunyi lagu tersebut tapi aku tak ingat tajuk lagu tu apa. Bila aku tinjau ke luar tingkap rumah, nampaklah kelibat sang pemain gitar misteri berada di atas kerusi bersebelahan taman permainan di kawasan rumah aku dan suasana di sana amat suram serta di selubungi samar kegelapan malam peh... Dia bermain dalam keadaan menunduk menyebabkan mukanya ditutupi dengan rambutnya yang panjang. Fuhhh...


 Sekadar Gambar Hiasan

Petikan scrumming guitar yang amat keras bunyinya. Semangat ingin tahu memuncak dan aku tekad hendak tahu siapa dia sebenarnya.

To Be Continued… (Next Episode – Sifu from Dark Side)

2 comments: