Wednesday, December 9, 2009

Radiatorku Parah...

Pendarahan yang tak dapat dihentikan

6/11/2009 Ahad, Malam tersebut aku mendapat info dari wife aku bahawa flight bapanya yang baru sahaja menunaikan haji akan sampai di KLIA pada pkul 11.00 malam, seperti biasa hari tu aku konfiden sebab semua aku dah check termasuk alignment semua dah buat untuk kereta aku. So dengan konfiden yang tinggi aku letakkan harapan pada bahu kereta aku yang aku tak tau mana satu bahu dia agar dapat bergerak lancar seperti mane2 tempat yang aku pergi sebelum ini. Kami berdua sekeluarga bergerak seiring dengan 2 buah kereta birasku yang lain pada pukul 1030 malam dan sampai di KLIA pada pukul 11.10 mlm. Seperti biasa kereta ku bergerak laju seperti Marshall excort konvoi dalam perjalanan ke KLIA. Aku mengejar dan mencucuk angin Caldina birasku dengan bangganya kenkadang aku melambai birasku disebelah dengan muka yang penuh menunjuk2 ke atas kemampuan keretaku itu.

Sentiasa bergaya walau di depan rumah

Setelah berpeluk cium, bersalam-salaman dengan ayah mertuaku, kami pun bergegas untuk pulang dari KLIA dan singgah ke masjid yang berdekatan atas permintaan ayahanda untuk menunaikan solat sunat. Seperti biasa Ayahanda dan bondaku menaiki Caldina birasku yang lebih selesa dan luas. Ketika aku menghidupkan enjin, asap2 putih sepoi2 bahasa keluar berkepol2 dari ekzos keretaku.. Bisik hatiku "mati aku kene top oberhaul la lepas ni" . Selepas keluar ke jalan utama meter temperature naik mendadak menghampiri "HIGH TEMPERATURE". Aku agak panik juga, tetapi oleh kerana tidak mahu wife and adik ipar aku bimbang aku control lah hensem dan dalam hati tertanya2 apakah punca meter temp aku naik... Mujur aku hanya ada 1km lagi dalam perjalanan untuk sampai ke petronas dan berhenti untuk sejukkan enjin. Hati ku berkata lagi " nasib baik ada petronas, depan lagi dah jalan sunyi yang panjang, kalo rosak adeke org nak tolong? Takut.....".

Adik ipar aku telah merembat bekas siram bunga di petronas tersebut dengan muka yang tak bersalah. Aku tengok air dah mencurah2 keluar di sisi belah kiri radiator aku, ternyata lepas ni poket aku pun akan mencurah2 mengeluarkan wang. Lepas aku mengisi air di radiator aku dan start enjin, kami (termasuk bekas siram bunga) pon bergerak perlahan2 sampai ke rumah. Mujur tiada siapa yang tertinggal, masalah tu... "Biras2 aku mesti dah jauh, takpe biar lambat asalkan selamat" detik hatiku yang penuh penyesalan. Akhirnya kami selamat sampai pada pukul 1.30 pagi.

Radiator aku yang cedera itu

Pagi tersebut aku menghantar kereta aku yang sedang parah tu (tapi poket aku lagi parah) ke bengkel member aku, member aku bukakla radiator tu, ternyata condenser lah punca kebocoran pada radiator. Condenser terletak dihadapan radiator aku dan mempunyai tapak yang tajam menyebabkan kerosakan pada radiator. Member aku rekemen Radiator alloy dan dia akan hilangkan tapak condenser yang tajam tu. Aku pon setuju dan aku terkenangkan duit aku yang bakal akan habis sebab ini adalah kali kedua aku membeli radiator. Petang tersebut member aku pasang dan aku pun membawanya pulang dengan perasaan yang hiba..(duit terbang beb)

Cuba melihat celahan itu dari mana puncanya tetapi gagal

Air Semakin galak keluar

Radiator berjaya di keluarkan

Habis sudah air..

keadaan enjin tanpa radiator

Radiator Kucedera parah dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Kopak radiator Kopak Duit

inilah puncanya dari condenser wat radiator aku bocor

Suasana bertukar suram (duit habis hahahaha)

Radiator alloy

Hensem tak?

Bersama kenkawan yang sakit.

1 comment:

  1. wife no 2 awak ni x sehat lagi ke? lama masuk wad...ape awak buat sampai jadi cenggitu..

    ReplyDelete