Wednesday, December 2, 2009

Aku Terpaku...

Ini adalah kisah benar dalam hidup aku. Pagi dalam perjalanan nak ke ofis pada hari khamis sebelum menjelangnya Aidil Adha, aku dengan konfidennya mengikut lorong motor yang sedia ada... seperti biasa dengan perasaan aku yang sentiasa gembira bersama motor tersayang melalui jalan tersebut tanpa sebarang prasangka. Tiba-tiba... Push.... dup.. dup.. didapati tayar aku kempis, aku hampir membuat drifting yang boleh menyebabkan aku jatuh tersembam. tetapi oleh kerana skill kemahiran menunggang aku yang tinggi (Lesen B2) aku mampu mengendalikan motorsikal dengan penuh bergaya... Mujur aku ada 2 tiub spare bisik hatiku sambil tersenyum... selepas berhenti di tepi jalan, aku pon check sebab musabab napa tayar aku pancit. Rupa rupanya ada paku halus yang baru menembusi celahan tayar aku. "alah... standard la kene paku sesat kat jalan raya ni" kata hatiku lagi. Aku pun mengeluarkan tools aku untuk kerja2 penukaran tiub. Minyak pelincir untuk aku tukar tayar dah pun habis. Hatiku berkata lagi "lepas ni dah takde bocor lagi kot, kalau bocor pun mgkin makan masa yang lama". Setelah selesai aku pun pergi ofis seperti biasa.

Bila tiba lunch hour, aku teringat bahawa roadtax kete aku mati esok and esok ialah raya haji..(Raya haji nak pakai kete beb) aku pun minta excuse dari bos aku untuk keluar dan bergegas ke JPJ untuk renew roadtax aku yang nak mati tuh. Setelah selesai menghidupkan roadtax aku, aku pun pulang melalui lorong yang sama seperti waktu aku pergi keje pagi tadi.. seperti biasa bunyi Push.... dup.. dup.. Pancit lagik!!! Warghh!!! Kali ni tiga paku!!! Paku baru pulak tu!!! aku pun mula menyumpah seranah sape punye keje campak paku tepi jalan ni. Aku call officemate aku (Ajis) untuk bawa minyak pelincir. Nasib baik dah dekat ngan ofis. Seperti biasa aku pun mengeluarkan tools aku untuk kerja2 penukaran tiub dalam keadaan mulut terkumat kamit (menyumpah) dan balik ke ofis segera2. Yang peliknye tu, masa aku tengah tunggu Ajis sampai, takde pun mamat runner tube lalu nak cari makan.


Hari Isnin, selepas cuti raya haji ketika perjalanan pulang dari ofis seperti biasa Push.... dup.. dup... Aduh pancit lagi.. Dengan muka yang selamba aku bawa jugak, dalam hati, rasa nak bertukar jadi warna hijo... Nak je aku angkat motor tu sambil berlari sampai rumah. Orang yang memotong aku ada juga yang menjeling melihat aku seperti seakan-akan menunggang kude YEEEHAA!!!


Sampai je dekat workshop aku terus tukar tayar,(beli tayar baru) tubeless Duro wuahaha habih RM80 hengget aku. Pomen tu cakap hari ini ramai orang hantar tukar tube dan tukar tayar pasai terkena paku. Ada 8 biji motor semua kes yang sama kene paku baru. Hatiku tertanya "Adakah ini adalah angkara pomen itu ataupun ada org mencemburui atau jeles aku dan motor kesayangan aku lalu mencampakkan paku baru di jalan yang aku lalui" gurau jerk heheheh..

2 comments:

  1. da macam tgk ujang siri TV la pulok aku tgk blog ko nih...hehehe...

    ReplyDelete
  2. nama blog aku pon dah loyer bghuk.. tapi aku x tiru ek, karang kene saman... hehehe

    ReplyDelete